Thursday, March 22, 2012

BUAT SESUATU KERANA ALLAH

Ada sebuah kisah yang berlaku ke atas Saidina Ali. Pada suatu ketika , Saidina Ali telah beradu kekuatan dengan seorang Yahudi. Saidina Ali dalam kedudukan selesa dimana beliau hampir-hampir menewaskan Yahudi tersebut. Pada saat Saidina Ali mahu menikam Yahudi tersebut, Yahudi tersebut meludah muka Saidina Ali. Lantas, Saidina Ali menghentikan pertarungan tersebut.

Hal ini menimbulkan pertanyaan orang ramai termasuk para sahabat yang lain.Lalu para sahabat meminta penjelasan daripada Saidina Ali. Lantas Saidina Ali menjawab "
Aku berlawan dengan Yahudi itu, kerana Allah (mempertahankan Islam)namun, apabila aku diludahi, aku khuatir tujuan berperang kerana Allah sudah hilang sebaliknya berjuang kerana marahkan dia meludah aku "

Kisah ini menunjukkan bahawa begitu pentingnya niat dalam melakukan sesuatu perkara. Niat yang baik akan memberikan nilai kepada amalan yang kita lakukan. Walaupun pada asalnya niat kita adalah baik, tetapi ianya akan berubah setelah berlakunya perkara-perkara yang tidak disangka sehingga menyebabkan cacatnya niat asal dan seterusnya menyebabkan amalan tersebut tidak diterima oleh Allah SWT.

Kesucian niat akan memenentukan amalan tersebut diterima ataupun ditolak. Kita lihat bahawa peristiwa tersebut menunjukkan betapa pentingnya lintasan niat dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Andaikan Saidina Ali berjaya membunuh Yahudi tersebut atas niat memarahkannya maka ia tidak akan diterima sebagai amalan kerana niat asal untuk mempertahankan Islam bertukar kepada marahnya Saidina Ali kepada Yahudi tersebut.

Begitu juga tindakan kita seharian. Setiap perbuatan yang kita lakukan samaada bekerja, bersukan, mendidik atau apa jua lapangan, perkara pertama yang perlu kita perbetulkan adalah niat. Jika kita mahukan tindakan atau perbuatan kita itu diterima sebagai amalan, maka tidak dapat tidak kita perlu melihat sentiasa hati kita dengan meperbetulkan tujuan dan niat tindakan tersebut.

Seorang ibu memarahi anaknya kerana kesilapan anaknya itu kerana mencuri, tidak akan dikira sebagai amalan selagi mana niat marah ibu tersebut tidak sedikit pun untuk mendapat redha Allah tetapi kerana benar-benar marah dengan tingkahlku anaknya itu.

Seorang yang bekerja tidak akan dikira sebagai ibadah kepada Allah, selagi mana niat beliau bekerja hanya untuk mendapat gaji, mengejar pangkat, mengumpul harta dan sebagainya. Maka, kerja kita itu tidak dapat apa-apa selain apa yang di niatkannya.

Friday, March 9, 2012

Satu penyaksian



Teman, seringkali kita dapat menonton filem-filem yang menarik di kaca television. Aktornya menarik, membuat aksi-aksi yang bisa membuatkan penonton tergamam. Hero yang sentiasa menerima nasib yang baik. Kata-katanya juga sangat menyentuh kalbu. Dihiasi dengan muzik-muzik yang menepati jiwa penonton. Sehingga kadang-kadang terbawa-bawa ke alam realiti. Lagak hero ditiru. Kecantikan heroin diikut. Aksi-aksi yang mendebarkan menjadi ikutan para remaja.

Teman, seringkali juga kita dapat menyaksikan perlawanan bolasepak. Dan saya yakin, serata dunia akan menonton perlawanan-perlawanan yang melibatkan tim yang hebat seperti Manchester United, Arsenal, Liverpool, Ac Milan, Bercelona dan sebagainya. Masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya. Jikalau perlawanan bermula Jam 2 pagi maka peminat-peminat akan bersedia seawal jam 10 malam lagi. Itulah penangan Bolasepak.

Bagi peminat yang fanatik pastilah setiap perlawanan akan ditontonnya di stadium. walaupun perjalanan seribu batu, walaupun harga tiket tinggi melangit, mereka tetap akan berusaha untuk menyaksikkannya. bagi penggemar filem-filem hebat ini wayang panggung menjadi sasaran Biarlah berhabiskan duit asalkan kenikmatan melihat filem itu di rasai.

Ramai manusia yang berkorban. Korban duit, masa, tenaga, bersengkang mata, semuanya untuk memenuhi kenikmatan melihat dan merasa. Aksi-aksi dunia tanpa memikirkan aksi di akhirat kelak

Pada suatu ketika, kita akan dikumpulkan. Tidak kira agama apa, bangsa apa, berpangkat atau tidak, masing-masing dengan cara masing-masing. ketika itu, video satu persatu akan ditayangkan. Aktornya adalah kita. Aksinya jua kita. setiap perlakuan kita akan difilemkan semula. Lainnya, filem ini bukan untuk tatapan umum tetapi untuk dinilai oleh Allah SWT. Nilaian ini akan menentukan kita ke syurga atau neraka.

Kalau dulu kita sibuk menonton filem yang hebat, menyaksikan perlawanan bolasepak tim terkemuka, mengorbankan duit, masa dan tenaga, Semua ini akan dinilai sebagai timbangan samaada ia adalah amalan yang baik ataupun sekadar amalan yang sia-sia.

Pada ketika itu, kita akan merasa menyesal. Kesibukan kita memenuhi masa yang diberi dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat malah menjadi mudarat ini menyebabkan kita dicampak ke neraka Allah, nauzubillah...

oleh sebab itu, saya mengajak teman-teman untuk berfikir dan bertindak atas kewarasan dan kesedaran bahawa semua tingkahlaku kita akan dinilai dan dipertontonkan semula. kemudiannya, ia akan dinilai dan hasil nilaian akan menentukan kita ke syurga atau ke neraka Allah.

Wednesday, March 7, 2012

Perginya Permata Islam









Ketika di sekolah, tiba-tiba sahabat menelefon. Memberitahu tentang kemalangan yang berlaku di gerik. Saya terkedu dan terkejut. Saya terdiam. Dikhabarkan, 2 orang sahabiyah yang terlibat meninggal dunia.3 yang lain masih di hospital. Ya Allah , kalau kehidupan itu lebih baik untuk mereka, maka kau permudahkan urusan mereka, dan jika sebaliknya, maka Kau lebih mengetahuinya.

Tergiang-ngiang derauan nafas arwah fadhiri sewaktu beliau juga kemalangan. ketika itu saya sempat menampung jenazah dalam keadaan terkulai layu. ketika menaiki ambulans, saya lihat dia kuat. matanya bergerak-gerak seolah-olah ingin mencari sesuatu. Tetapi, Allah lebih sayang beliau dan saya tidak akan lupa saat gurauan beliau pada malam-malam terakhir denganya. Arwah Faizol yang ketika itu juga terlibat dalam kemalangan tersebut sudahpun menghembuskan nafas di tempat kejadian. kecederaan di kepala dan pinggang mengakibatkan beliau tidak dapat bertahan dan Allah lebih awal menjemputnya.

Dan baru-baru ini juga, Fikri ismail juga sudah dipanggil menghadap ilahi. Saat baru sebulan beliau bernikah, meninggalkan isteri yang disayangi assebab kemalangan juga.

Kesemuanya sudah dipanggil menghadap Tuhan yang satu. Teman-teman, moga antum ditempatkan bersama para solehin, di kalangan orang beriman.Insyaalah.

Ya Allah,
rahmatilah mereka,
tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang soleh,
permudahkan hisab mereka,
kau terimalah segala amalan mereka,
Ampunkan dosa mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah mereka.

Ya Allah, hanya engkau tuhan yang kami sembah dan hanya Engkaulah tempat kami meminta.

Amin Ya Rabbal Alamin

Alfatihah.

Khamis
8 MAC 2012

Assalamualaikum

Saya kembali menulis. Sebelum ini saya pernah menulis tetapi disebabkan kekangan masa dan kekurangan idea saya memilih untuk tidak menulis.Kali ini sekali lagi saya cuba menulis dan mengharapkan agar usaha saya ini terus diberi kekuatan.terus istiqamah. Ada buah idea yang perlu saya kongsikan bersama dengan anda. Kalau dulu, saya menulis kerana mengisi masa lapang, tetapi kali ini saya cuba untuk menulis kerana ingin memberitahu. Yang baik itu dijadikan tauladan dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan. Saya kini sudah berda di Kuching Sarawak. Negeri pertama saya menabur ilmu dan negeri inilah jua tempat saya mula membina kekuatan dan kehidupan. Tahun 2012 ini juga menjadi satu permulaan baru saya yang kini sudah bertukar status. Kini saya berdua bersama teman pilihan saya. Dan, saya harapkan ia kekal hingga ke syurga Jannah. Insyaallah. Teman, doakan untuk saya.

Rabu
7 mac 2012