Thursday, August 28, 2014

KUASA PENULISAN

Kuasa penulisan.

Ramai dalam kalangan kita kurang minat untuk menulis. Bolehjadi, kita beranggapan bahawa menulis ini adalah suatu perkara yang remeh berbanding perkara-perkara lain dalam kehidupan kita.Tetapi, ternyata itu silap. Saya nak kongsikan satu artikel menyebut tentang kenapa kita perlu kuasai penulisan.

1. Penulisan membantu daya ingatan.

Sebahagian kita gemar menulis senarai barang sebelum membelinya di pasaraya. Tidakkah kita sedar bahawa, kita boleh ingat hampir semua barang yang kita catatkan.? Menulis menguatkan ingatan. Ingatan jangkamasa pendek @ panjang, bergantung kepada kekerapan menulis dan membacanya.

2. Penulisan maklumat kekal.

Perkara- perkara penting perlu dicatat. Kemudian disimpan di dalam nota, fail,jurnal atau sebagainya. Kemudian, ianya akan menjadi rujukan pada masa akan datang. Untuk diri @ untuk orang lain.

3. Penulisan menunjukkan kita serius.
Sesuatu yang dibincangkan perlu dicatat. Dan catatan tersebut perlu dirujuk sebelum bertindak. Dan tindakan akan berpandu kepada apa yang dicatat. Tidakkah ia sesuatu yang serius?
Penulisan ini sangat penting dalam sesebuah organisasi serta individu yang menjadikan matlamat sebagai suatu Perkara penting dalam kehidupan.

4. Penulisan mendisiplinkan diri.

Tuan-tuan pernah cuba untuk diet? Ya, kuasa catatan sangat penting untuk lihat perbezaan dan hasil diet kita.
Tuan-tuan pernah catat setiap aktiviti tuan-tuan lakukan? Jika belum, lakukan. Tuan-tuan akan dapati apakah hari-hari tersebut,@ minggu tersebut@ bulan tersebut, Tuan banyak melakukan aktiviti yang berfaedah@ sebaliknya.

Catatan penulisan mampu mengubah tuan-tuan menjadi Individu yang lebih baik.

5. Penulisan penyelesaian Masalah.

Apabila menulis @ mencatat ia mampu menunjukkan gambaran yang jelas, terperinci terhadap masalah yang berlaku. Sesuatu yang ada diminda perlu dikeluarkan dalam bentuk penulisan, gambarajah, @ sebagainya. Ini membantu kita untuk memahami masalah yang timbul dan bagaimana untuk.menyelesaikannya.

" Kuasa penulisan, anda mampu kuasai impian"

Artikel ini diambil dari Majalah AO dan diubah mengikut kefahaman dan penilaian penulis.

Lawati blog cikgusalimsharif.blogspot.com.

Sunday, August 24, 2014

Mukah, Sarawak.

Hujung minggu lepas, saya bersama beberapa rakan yang lain sempat melawat Mukah. Perjalanan kami mengambil masa 8 Jam. Jaraknya dari Kuching hampir 600 Km. Kami bertolak pada jam 1100 mlm. Selepas 5 jam perjalanan, kami singgah berehat di Sibu.  Sebelum meneruskan perjalan ke Mukah 3 jam seterusnya.dan kami sampai di Mukah kira-kira jam 11.00 pagi.

Mukah adalah bahagian ke 10 daripada 11 bahagian dalam Negeri Sarawak. Penduduknya adalah majoriti daripada bangsa Melanau. Antara makanan yang terkenal penduduk Mukah ini adalah Kuih Tabaloi, Linut.

Menariknya, apabila kami sampai disini, kami disambut dengan Jambatan Emas Mukah. Tidak seperti jambatan- jambatan sedia ada kerana jambatan ini  berwarna kekuningan dan melambangkan  sifat "Welcoming"  penduduk di situ terhadap pelawat yang datang  situ.

Sepanjang berada di sana kami sempat melawat ke beberapa tempat. Antaranya, Tapak pesta Kaul, Politeknik Mukah, Masjid Bahagian dan beberapa tempat lain. Dikhabarkan beberapa lagi institusi pendidikan akan dibangunkan di bahagian tersebut. Antaranya cawangan UNIMAS, cawangan UITM .





Friday, August 22, 2014

KUASA PEMIMPIN

Hari ni cikgu salim nak kongsikan sesuatu dengan anda semua tentang Kuasa Pengaruh. Sebagai seorang pemimpin, kuasa pengaruh ini sangatlah penting. Dengan kuasa ini kita mampu menjadi pemimpin yang di segani dan dihormati. Oleh sebab itu, setiap pemimpin haruslah menjadi contoh terbaik dalam organisasi yang dipimpinnya.
1.Pemimpin yang mudah didekati adalah pemimpin yang sentiasa bersangka baik.

 Setiap pemimpin mestilah mempunyai pemikiran yang positif terhadap siapa yang dipimpinnya. Anda perlu bermula dengan niat serta bersangka baik dalam setiap keadaan dan ini mampu membentuk tindakan-tindakan yang baik dan positif tehadap sesiapa juga samaada individu yang dipimpin atau orang di sekelilingnya

 2.Pemimpin yang dikenali adalah pemimpin yang prhatin.

 Pemimpin yang prihatin terhadap sesiapa di sekelilingnya mampu memberikan tindakbalas yang postif kepada dirinya. Melalui pergaulan serta perkongsian yang dibuat, orang lain akan merasakan bahawa anda adalah seorang pemimpin yang prihatin serta memahami sesiapa sahaja yang dipimpinnya. Ini dapat membentuk keyakinan orang lain terhadap diri anada.

 3. Pemimpin yang dipercayai adalah pemimpian yang memiliki sahsiah yang tinggi.

 Kepercayaan adalah satu lagi tiket yang perlu anda ada sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang sentiasa berkata benar, melaksanakan apa yang dikata serta menepati janji dalam apa jua keadaan melambangkan anda seorang yang " walk to talk". Sifat ini amat mempengaruhi serta membentuk persepsi orang lain terhadap diri anda. Dan ini menjadi model kepada mereka yang dipimpin.

 4. Pemimpin yang dikagumi adalah pemimpin yang yang komited.

 Pemimpin yang berpengaruh bukan sekadar pendai memberi arahan tetapi pemimpin yang dikagumi adalah pemimpin yang bersama berusaha, memberikan idea,meberikan penghargaan, tahu visi dan misi serta bertindak berama-sama dengan orang yang dipimpin mencapai matlamat tersebut. Ini menunjukkan bahawa anda adalah pemimpin yang sangat komited terhadap tugas serta mampu memimpin mencapai terget @sasaran yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi.

 5.  Pemimpin yang dihormati adalah pemimpin yang mempunyai kualiti diri.

 Penghormatan adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli. Tetapi diperolehi sekiranya anda menguasai kelima-lima item di atas. Walaupun anda sudah tidak lagi menjadi pemimpin di dalam organisasi tersebut tetapi tetapi orang lain yang mengenali anda akan terus menghormati serta menjadikan anda sebagai rujukan dalam kehidupan mereka.

Wednesday, March 20, 2013

Motivasi Gaya Rasulullah

Direkodkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah pernah berkata " sekiranya orang tahu betapa besar pahala azan dan solat berjemaah pada saf pertama, lalu mereka tidak boleh menunaikannya kecuali melalui undian nescaya mereka akan melakukan undian itu. Sekiranya orang tahu betapa besar pahala solat Zuhur tepat pada waktunya, tentu mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya. Sekiranya orang tahu betapa besar pahala solat Isyak dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun harus dengan merangkak yakni melaksanakan solat-solat ini dengan berjemaah di masjid" Hadis ini dalam Sahih Bukhari,,Kitab Azan No Hadis 615

Sunday, November 18, 2012

Program Cuti Sekolah 2012

JOM SERTAI KAMI...melahirkan genarasi muda yang berjiwa besar dan berkepimpinan.. ..

Sunday, May 13, 2012

Kuliah Tazkiyatun Nafs siri 7/2012-Ust Dasuki 10/5

Muka..ramai sekali menjaga muka,,pakai pencuci muka,,mekap,,tak nak bagi nampak hitam..taknak bagi nampak kotor..tapi hati? tak ramai yang jaga hati?.....