Sunday, August 24, 2014

Mukah, Sarawak.

Hujung minggu lepas, saya bersama beberapa rakan yang lain sempat melawat Mukah. Perjalanan kami mengambil masa 8 Jam. Jaraknya dari Kuching hampir 600 Km. Kami bertolak pada jam 1100 mlm. Selepas 5 jam perjalanan, kami singgah berehat di Sibu.  Sebelum meneruskan perjalan ke Mukah 3 jam seterusnya.dan kami sampai di Mukah kira-kira jam 11.00 pagi.

Mukah adalah bahagian ke 10 daripada 11 bahagian dalam Negeri Sarawak. Penduduknya adalah majoriti daripada bangsa Melanau. Antara makanan yang terkenal penduduk Mukah ini adalah Kuih Tabaloi, Linut.

Menariknya, apabila kami sampai disini, kami disambut dengan Jambatan Emas Mukah. Tidak seperti jambatan- jambatan sedia ada kerana jambatan ini  berwarna kekuningan dan melambangkan  sifat "Welcoming"  penduduk di situ terhadap pelawat yang datang  situ.

Sepanjang berada di sana kami sempat melawat ke beberapa tempat. Antaranya, Tapak pesta Kaul, Politeknik Mukah, Masjid Bahagian dan beberapa tempat lain. Dikhabarkan beberapa lagi institusi pendidikan akan dibangunkan di bahagian tersebut. Antaranya cawangan UNIMAS, cawangan UITM .





No comments:

Post a Comment