Friday, August 22, 2014

KUASA PEMIMPIN

Hari ni cikgu salim nak kongsikan sesuatu dengan anda semua tentang Kuasa Pengaruh. Sebagai seorang pemimpin, kuasa pengaruh ini sangatlah penting. Dengan kuasa ini kita mampu menjadi pemimpin yang di segani dan dihormati. Oleh sebab itu, setiap pemimpin haruslah menjadi contoh terbaik dalam organisasi yang dipimpinnya.
1.Pemimpin yang mudah didekati adalah pemimpin yang sentiasa bersangka baik.

 Setiap pemimpin mestilah mempunyai pemikiran yang positif terhadap siapa yang dipimpinnya. Anda perlu bermula dengan niat serta bersangka baik dalam setiap keadaan dan ini mampu membentuk tindakan-tindakan yang baik dan positif tehadap sesiapa juga samaada individu yang dipimpin atau orang di sekelilingnya

 2.Pemimpin yang dikenali adalah pemimpin yang prhatin.

 Pemimpin yang prihatin terhadap sesiapa di sekelilingnya mampu memberikan tindakbalas yang postif kepada dirinya. Melalui pergaulan serta perkongsian yang dibuat, orang lain akan merasakan bahawa anda adalah seorang pemimpin yang prihatin serta memahami sesiapa sahaja yang dipimpinnya. Ini dapat membentuk keyakinan orang lain terhadap diri anada.

 3. Pemimpin yang dipercayai adalah pemimpian yang memiliki sahsiah yang tinggi.

 Kepercayaan adalah satu lagi tiket yang perlu anda ada sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang sentiasa berkata benar, melaksanakan apa yang dikata serta menepati janji dalam apa jua keadaan melambangkan anda seorang yang " walk to talk". Sifat ini amat mempengaruhi serta membentuk persepsi orang lain terhadap diri anda. Dan ini menjadi model kepada mereka yang dipimpin.

 4. Pemimpin yang dikagumi adalah pemimpin yang yang komited.

 Pemimpin yang berpengaruh bukan sekadar pendai memberi arahan tetapi pemimpin yang dikagumi adalah pemimpin yang bersama berusaha, memberikan idea,meberikan penghargaan, tahu visi dan misi serta bertindak berama-sama dengan orang yang dipimpin mencapai matlamat tersebut. Ini menunjukkan bahawa anda adalah pemimpin yang sangat komited terhadap tugas serta mampu memimpin mencapai terget @sasaran yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi.

 5.  Pemimpin yang dihormati adalah pemimpin yang mempunyai kualiti diri.

 Penghormatan adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli. Tetapi diperolehi sekiranya anda menguasai kelima-lima item di atas. Walaupun anda sudah tidak lagi menjadi pemimpin di dalam organisasi tersebut tetapi tetapi orang lain yang mengenali anda akan terus menghormati serta menjadikan anda sebagai rujukan dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment