Thursday, August 28, 2014

KUASA PENULISAN

Kuasa penulisan.

Ramai dalam kalangan kita kurang minat untuk menulis. Bolehjadi, kita beranggapan bahawa menulis ini adalah suatu perkara yang remeh berbanding perkara-perkara lain dalam kehidupan kita.Tetapi, ternyata itu silap. Saya nak kongsikan satu artikel menyebut tentang kenapa kita perlu kuasai penulisan.

1. Penulisan membantu daya ingatan.

Sebahagian kita gemar menulis senarai barang sebelum membelinya di pasaraya. Tidakkah kita sedar bahawa, kita boleh ingat hampir semua barang yang kita catatkan.? Menulis menguatkan ingatan. Ingatan jangkamasa pendek @ panjang, bergantung kepada kekerapan menulis dan membacanya.

2. Penulisan maklumat kekal.

Perkara- perkara penting perlu dicatat. Kemudian disimpan di dalam nota, fail,jurnal atau sebagainya. Kemudian, ianya akan menjadi rujukan pada masa akan datang. Untuk diri @ untuk orang lain.

3. Penulisan menunjukkan kita serius.
Sesuatu yang dibincangkan perlu dicatat. Dan catatan tersebut perlu dirujuk sebelum bertindak. Dan tindakan akan berpandu kepada apa yang dicatat. Tidakkah ia sesuatu yang serius?
Penulisan ini sangat penting dalam sesebuah organisasi serta individu yang menjadikan matlamat sebagai suatu Perkara penting dalam kehidupan.

4. Penulisan mendisiplinkan diri.

Tuan-tuan pernah cuba untuk diet? Ya, kuasa catatan sangat penting untuk lihat perbezaan dan hasil diet kita.
Tuan-tuan pernah catat setiap aktiviti tuan-tuan lakukan? Jika belum, lakukan. Tuan-tuan akan dapati apakah hari-hari tersebut,@ minggu tersebut@ bulan tersebut, Tuan banyak melakukan aktiviti yang berfaedah@ sebaliknya.

Catatan penulisan mampu mengubah tuan-tuan menjadi Individu yang lebih baik.

5. Penulisan penyelesaian Masalah.

Apabila menulis @ mencatat ia mampu menunjukkan gambaran yang jelas, terperinci terhadap masalah yang berlaku. Sesuatu yang ada diminda perlu dikeluarkan dalam bentuk penulisan, gambarajah, @ sebagainya. Ini membantu kita untuk memahami masalah yang timbul dan bagaimana untuk.menyelesaikannya.

" Kuasa penulisan, anda mampu kuasai impian"

Artikel ini diambil dari Majalah AO dan diubah mengikut kefahaman dan penilaian penulis.

Lawati blog cikgusalimsharif.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment