Thursday, March 22, 2012

BUAT SESUATU KERANA ALLAH

Ada sebuah kisah yang berlaku ke atas Saidina Ali. Pada suatu ketika , Saidina Ali telah beradu kekuatan dengan seorang Yahudi. Saidina Ali dalam kedudukan selesa dimana beliau hampir-hampir menewaskan Yahudi tersebut. Pada saat Saidina Ali mahu menikam Yahudi tersebut, Yahudi tersebut meludah muka Saidina Ali. Lantas, Saidina Ali menghentikan pertarungan tersebut.

Hal ini menimbulkan pertanyaan orang ramai termasuk para sahabat yang lain.Lalu para sahabat meminta penjelasan daripada Saidina Ali. Lantas Saidina Ali menjawab "
Aku berlawan dengan Yahudi itu, kerana Allah (mempertahankan Islam)namun, apabila aku diludahi, aku khuatir tujuan berperang kerana Allah sudah hilang sebaliknya berjuang kerana marahkan dia meludah aku "

Kisah ini menunjukkan bahawa begitu pentingnya niat dalam melakukan sesuatu perkara. Niat yang baik akan memberikan nilai kepada amalan yang kita lakukan. Walaupun pada asalnya niat kita adalah baik, tetapi ianya akan berubah setelah berlakunya perkara-perkara yang tidak disangka sehingga menyebabkan cacatnya niat asal dan seterusnya menyebabkan amalan tersebut tidak diterima oleh Allah SWT.

Kesucian niat akan memenentukan amalan tersebut diterima ataupun ditolak. Kita lihat bahawa peristiwa tersebut menunjukkan betapa pentingnya lintasan niat dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Andaikan Saidina Ali berjaya membunuh Yahudi tersebut atas niat memarahkannya maka ia tidak akan diterima sebagai amalan kerana niat asal untuk mempertahankan Islam bertukar kepada marahnya Saidina Ali kepada Yahudi tersebut.

Begitu juga tindakan kita seharian. Setiap perbuatan yang kita lakukan samaada bekerja, bersukan, mendidik atau apa jua lapangan, perkara pertama yang perlu kita perbetulkan adalah niat. Jika kita mahukan tindakan atau perbuatan kita itu diterima sebagai amalan, maka tidak dapat tidak kita perlu melihat sentiasa hati kita dengan meperbetulkan tujuan dan niat tindakan tersebut.

Seorang ibu memarahi anaknya kerana kesilapan anaknya itu kerana mencuri, tidak akan dikira sebagai amalan selagi mana niat marah ibu tersebut tidak sedikit pun untuk mendapat redha Allah tetapi kerana benar-benar marah dengan tingkahlku anaknya itu.

Seorang yang bekerja tidak akan dikira sebagai ibadah kepada Allah, selagi mana niat beliau bekerja hanya untuk mendapat gaji, mengejar pangkat, mengumpul harta dan sebagainya. Maka, kerja kita itu tidak dapat apa-apa selain apa yang di niatkannya.

No comments:

Post a Comment