Friday, March 9, 2012

Satu penyaksian



Teman, seringkali kita dapat menonton filem-filem yang menarik di kaca television. Aktornya menarik, membuat aksi-aksi yang bisa membuatkan penonton tergamam. Hero yang sentiasa menerima nasib yang baik. Kata-katanya juga sangat menyentuh kalbu. Dihiasi dengan muzik-muzik yang menepati jiwa penonton. Sehingga kadang-kadang terbawa-bawa ke alam realiti. Lagak hero ditiru. Kecantikan heroin diikut. Aksi-aksi yang mendebarkan menjadi ikutan para remaja.

Teman, seringkali juga kita dapat menyaksikan perlawanan bolasepak. Dan saya yakin, serata dunia akan menonton perlawanan-perlawanan yang melibatkan tim yang hebat seperti Manchester United, Arsenal, Liverpool, Ac Milan, Bercelona dan sebagainya. Masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya. Jikalau perlawanan bermula Jam 2 pagi maka peminat-peminat akan bersedia seawal jam 10 malam lagi. Itulah penangan Bolasepak.

Bagi peminat yang fanatik pastilah setiap perlawanan akan ditontonnya di stadium. walaupun perjalanan seribu batu, walaupun harga tiket tinggi melangit, mereka tetap akan berusaha untuk menyaksikkannya. bagi penggemar filem-filem hebat ini wayang panggung menjadi sasaran Biarlah berhabiskan duit asalkan kenikmatan melihat filem itu di rasai.

Ramai manusia yang berkorban. Korban duit, masa, tenaga, bersengkang mata, semuanya untuk memenuhi kenikmatan melihat dan merasa. Aksi-aksi dunia tanpa memikirkan aksi di akhirat kelak

Pada suatu ketika, kita akan dikumpulkan. Tidak kira agama apa, bangsa apa, berpangkat atau tidak, masing-masing dengan cara masing-masing. ketika itu, video satu persatu akan ditayangkan. Aktornya adalah kita. Aksinya jua kita. setiap perlakuan kita akan difilemkan semula. Lainnya, filem ini bukan untuk tatapan umum tetapi untuk dinilai oleh Allah SWT. Nilaian ini akan menentukan kita ke syurga atau neraka.

Kalau dulu kita sibuk menonton filem yang hebat, menyaksikan perlawanan bolasepak tim terkemuka, mengorbankan duit, masa dan tenaga, Semua ini akan dinilai sebagai timbangan samaada ia adalah amalan yang baik ataupun sekadar amalan yang sia-sia.

Pada ketika itu, kita akan merasa menyesal. Kesibukan kita memenuhi masa yang diberi dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat malah menjadi mudarat ini menyebabkan kita dicampak ke neraka Allah, nauzubillah...

oleh sebab itu, saya mengajak teman-teman untuk berfikir dan bertindak atas kewarasan dan kesedaran bahawa semua tingkahlaku kita akan dinilai dan dipertontonkan semula. kemudiannya, ia akan dinilai dan hasil nilaian akan menentukan kita ke syurga atau ke neraka Allah.

No comments:

Post a Comment